Breaking News
Loading...
Saturday, October 4, 2014

Sempat Minta Maaf Pada Ibu

Sungguh menyayat hati apabila terbaca kisah sedih kemalangan ngeri yang berlaku kepada sekeluarga ini... semoga pemergian Siti Yuslianis Roslan dan ibu tercinta ditempatkan dikalangan orang beriman.

Foto
DUA maut, seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah lori di KM 256 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara berdekatan Terowong Menora dekat Ipoh.

Kuala Kangsar: “Saya sempat meminta maaf dengan ibu selepas melihat keadaannya. Ibu yang tenat sempat memberitahu dia sudah memaafkan semua kami adik-beradik dan turut meminta maaf kepada kami,” kata Yusriman Roslan, 22.

Yusriman ialah pemandu kereta Proton Saga BLM yang dirempuh sebuah treler dalam kemalangan jalan raya membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini, semalam.

Dalam nahas jam 11.40 pagi itu, Norhayati Wook, 50, dan anaknya, Siti Yuslianis Roslan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan. Abangnya, Yusrizal, 25, parah, manakala adiknya, Siti Yusliana, 12, cedera ringan.

Menurut Yusriman, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan dari Rawang, Selangor untuk balik ke kampung di Lenggong, Perak bagi menyambut Aidiladha.

Katanya, dia yang terkejut terdengar dentuman kuat akibat rempuhan lori itu hanya mampu menjerit manakala keretanya pula diheret ke kanan jalan.


1 comments:

 
Toggle Footer