Breaking News
Loading...
Wednesday, October 1, 2014

Detik Menyayat Hati Seekor Anjing

Inilah detik-detik yang menyayat seekor anjing apabila terjatuh ke dalam tar yang panas lalu mengeras menyebabkan anjing tersebut keras macam batu dan tidak dapat bergerak.


Anjing Bertukar Keras Macam Batu Selepas Jatuh Dalam Tar

Kejadian berlaku di Rajasthan. Mujurlah orang ramai yang melalui jalan berkenaan di Udaipur, telah menghubungi pasukan menyelamat dengan pantas.

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.
Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah dan senang.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .
Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer