Breaking News
Loading...
Wednesday, October 1, 2014

Reaksi Negatif Rakyat Bila Harga Minyak Naik!


SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak secara mengejut sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi dari  rakyat Malaysia.

Tinjuan akhbar Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," adalah antara reaksi rakyat dinegara ini.

Tulisan berkenaan tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Semalam, kerajaan menerusi KPDN dan KPDNKK mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit terbaru bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer