#Infopalinghot - Mungkin kerana terlalu sayang dan tidak dapat sanggup berpisah dengan kekasihnya, seorang lelaki nekad memeluk erat kekasihnya di tengah jalan raya tanpa menghiraukan orang ramai. Inikah yang dikatakan lelaki sejati? kenapa sanggup mengadai maruah diri sebagai lelaki? bunga bukan sekuntum bro... ada banyak lagi berlambak kat luar sana... awek tu mungkin dah ada jantan lain hehe...
Shanghai: Seorang pengguna Internet memuat naik gambar pemuda tidak dikenali menunjukkan kasih sayang kepada pasangannya apabila melutut sambil memeluk erat paha wanita itu.
Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai di luar kilang komputer Quanta di Shanghai.
Gambar berkenaan terus mendapat sambutan hangat pengguna Internet.
Ada antaranya yang mempertikaikan sama ada berbaloi lelaki terbabit mengetepikan maruahnya di khalayak ramai semata-mata mahu memujuk wanita berkenaan.
Foto
LELAKI tidak dikenali memeluk erat kaki kekasihnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Malah lelaki itu turut menyerahkan sejambak bunga kepada kekasihnya tetapi dibuang wanita terbabit.
Pada satu ketika, dia memeluk wanita itu dengan begitu erat sehingga hampir menyebabkannya terjatuh, lapor Hmetro.
0 comments:
Post a Comment