Breaking News
Loading...
Tuesday, October 7, 2014

Kena Matikan Handphone Malam Ni Untuk Keselamatan Nyawa?


Kena Matikan Handphone Malam Ni Untuk Keselamatan Nyawa? - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini meningatkan kepada orang ramai agar mengabaikan sebarang bentuk mesej yang meminta mereka mematikan telefon bimbit antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4 pagi kononnya kerana akan berlaku lintasan sinar kosmik yang boleh membahayakan nyawa.

Menurut Angkasa, mesej palsu berkenaan tidak mempunyai sebarang asas dan sebenarnya telah tersebar sejak tahun 2013.

“Sila ABAIKAN sms/mesej seperti di bawah. Ini kerana sms/mesej ini telah tersebar di internet sejak 2003 lagi. Kepada yang bertanyakan kepada pihak kami mengenai perkara ini terima kasih diucapkan,” kata Angkasa dalam akaun Facebook mereka.

Pihak berkenaan juga menggunakan beberapa hastag antaranya #hoax yang bererti lawak mengenakan orang lain. – Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer