Breaking News
Loading...
Monday, October 6, 2014

Pencapaian Najib lebih buruk dari Pak Lah

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melemparkan kritikannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pencapaian buruknya selepas menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Perdana Menteri ke-lima, setelah menang besar dalam PRU (Pilihan Raya Umum) 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

“Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri ke-enam (Datuk Seri Najib Tun Razak) lebih buruk lagi dalam PRU 13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi,” katanya dalam entri terbaru http://chedet.cc/.

Beliau menambah, dengan pencapaian yang buruk itu, Najib seharusnya mengkaji semula dasar dan amalan yang tidak baik.

Katanya, walaupun Najib menerima teguran, tetapi beliau tidak menukar dasar dan amalan yang dilakukannya, malah meneruskan pendekatan tersebut.

“Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan memilih untuk meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan

“ Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur,” katanya.

Katanya, mungkin tegurannya tidak berasas tetapi yang demikian hanya boleh diketahui apabila diuji.
Beliau menambah, dalam negara demokrasi, ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan.
“Jikalau teguran tidak berasas dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

“Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas,” ujarnya. Sumber

P/S: >>>Baca lagi pencapaian Kak Mah Macamana Pula<<<

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer