Breaking News
Loading...
Wednesday, October 1, 2014

Gambar Azizah Bela Harimau Di Kedah


Sesiapa sahaja tetamu yang berkunjung ke rumah Azizah pasti akan terkejut dengan kehadiran seekor harimau di halaman rumahnya.

Kata Azizah, kawasan rumahnya dahulu adalah hutan dan dihuni banyak kera, itulah sebabnya makcik ni bela seekor harimau tersebut untuk menakutkan kera yang merosakkan tanaman.

“Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu.

"Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer