Inilah Artis Bertudung Tanggal Hijab, Tampil Panas Selepas Bercerai! - Pelakon terkenal era 1990-an ini makin seksi selepas suaminya dikatakan berkahwin lagi. Itulah berita mengejutkan yang Sha terima.
Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup
penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP.
Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak
sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya.
Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipapar
kan selepas berumah tangga.Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih,
macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga
yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri.
Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri.
Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil
orang.
Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini.
Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.
Benar, wanita mana yang sanggup berkongsi, tetapi jangan terlalu diikutkan amarah
hingga melakukan perkara yang mengundang fitnah mata yang memandang.
Wednesday, October 1, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment