Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?
Contoh-contoh gambar ghibah yang sering diedit oleh macai-mancai politik.
Pengertian ghibah:
Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam telah menafsirkan makna ghibah dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
«أتدرون ما الغيبة؟ قالوا: الله ورسوله أعلم،
قال: ذكرك أخاك بما يكره.
قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟
قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته، وإن لم يكن فيه فقد بهته». رواه مسلم.
Baginda bertanya kepada sahabat:
"Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”
Mereka berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda berkata: “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“.
Sahabat bertanya lagi : "Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan?" Baginda bersabda:
“Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya ». (Riwayat Muslim).
*AAM, Makkah. Malam Tarwiyah 1435H.
Stop menyebarkan Gambar yang dibuat dialog sendiri!
Sumber FB Dr. Abu Anas Madani.
Korang benci mana pun orang tu, korang ingat korang dapat pahala ke buat benda ni? Serius, benda2 tu tak lawak langsung. Kalau tak mampu untuk berbincang dan berdiskusi secara matang dan ilmiah, lebih baik diam dari tambah dosa. SUMBER
Thursday, October 2, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment