Breaking News
Loading...
Wednesday, October 1, 2014

Padah Rakam Aksi Gadis Mandi

Inilah padahnya merakam aksi gadis mandi di sebuah homestay di Ipoh baru-baru ini, seorang lelaki dihadapkan ke makhamah dan bakal dikenakan hukuman berat.


Ipoh: Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun yang juga pengusaha homestay dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lapan mangsa di Ipoh Garden Homestay pada 27 Julai lalu.

Tertuduh yang bernama Lim Lai Heng, didakwa berniat mengaibkan mangsa membabitkan lima wanita dan tiga lelaki berusia 17 hingga 53 tahun dengan merakam gambar mangsa menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini ketika mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel.

Pendakwaan tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman dihadapan Majistret Haslinda A Raof, manakala tertuduh diwakili peguam Steven Su.

Lai Heng bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Majistret menetapkan wang jaminan bagi semua pertuduhan sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh dilarang menghampiri kesemua mangsa. Hmetro

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer