Breaking News
Loading...
Saturday, October 4, 2014

Jenis-Jenis Ganggaun SekSual Di Tempat Kerja

Inilah jenis-jenis ganggaun seksual ditempat kerja yang perlu anda tahu, jangan jadi mangsa gangguan seksual seterusnya. Sila baca ni...


Makan Secara Mengoda, Menjilat Bibir Antara Laporan Gangguan Seksual Di Pejabat - Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes r0g0l dan ca-bul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja. 

Perlakuan yang disifatkan gangguan sek-sual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal. 

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan sek-sual yang merangkumi ca-bul dan r0g0l bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes. 

Daripada jumlah itu, kes r0g0l membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk ca-bul dicatatkan, manakala kes gangguan sek-sual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes r0g0l dicatatkan, manakala ca-bul sebanyak 114 kes. 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kes seumpama ini kerap berlaku kerana mangsa terlalu mudah percaya selepas suspek menabur janji manis serta pujian. 

"Apabila mangsa mudah diperdaya, suspek pastinya akan mengambil peluang atau kesempatan, selain sikap suspek yang ingin menunjuk kehebatan diri. 

"Lebih penting, pihak terbabit kurang pengetahuan undang-undang dan penghayatan agama, sekaligus tidak menghormati hak dan kehormatan mangsa," jelasnya kepada mStar Online. 



Tambah Hamidah lagi, antara gangguan sek-sual yang sering dilaporkan termasuk secara lisan seperti komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan berbentuk ancaman atau cadangan sek-sual. 

"Ada juga secara bukan lisan seperti pandangan, kerlingan, menjiilat bibiir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau tingkah laku mengurat. 

"Jenis gangguan secara visual pula berlaku apabila mangsa ditunjukkan dengan bahan lu-cah, melukis gambar lu-cah dan pujuk rayu yang berterusan. 

"Dan gangguan secara fizikal pula melibatakan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk dan menci-um serta serangan sek-sual," jelasnya. 

Bagaimanapun, kata Hamidah, ada kejadian gangguan sek-sual yang berpunca daripada mangsa sendiri, selain sikap ibu bapa. 

"Mereka (ibu bapa) tiada masa untuk berkomunikasi dalam keluarga serta tidak mamantau aktiviti anak-anak. Paling jelas kerapuhan institusi kekeluargaan menyumbang kepada pelbagai anasir negatif. 

"Selain itu, kes ini juga berlaku disebabkan pengaruh filem lu-cah yang boleh ditonton menerusi internet atau VCD," jelasnya. 

Katanya lagi, mangsa yang mengalami gangguan sek-sual ini perlu berani tampil membuat laporan bagi mencegah kes ca-bul atau r0g0l terus berlaku di kalangan majikan dan rakan sekerja. 

Sumber ini dipetik dari mStarOnline.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer